Damai

13 Kelebihan Menggunakan Damai Host Sebagai Platform Tempahan

Kelebihan Damai Host sebagai platform tempahan homestay ini ditujukan khas untuk pemilik homestay. Jika anda adalah pengunjung atau ‘guest’ homestay, boleh baca artikel Kenapa Guest Perlu Menggunakan Platform DamaiHost.

Sebagai pemilik homestay, akan ada beberapa masalah utama bila kita jalankan perniagaan homestay ini. Kebanyakan platform yang ada, macam lebih bersifat hotel iaitu penginapan per bilik yang mungkin kadang kadang tak berapa sesuai dengan kita dan terlalu bebas, sedangkan penginapan homestay, lebih bersifat satu unit sahaja dan kadang kadang ada jenis jenis tetamu yang kita rasa agak susah juga untuk ambil.

Kalau ikutkan kelebihan menggunakan damaihost ni lebih panjang lebar dikongsikan di artikel ‘latest update damaihost features’, tapi untuk artikel ni kita akan pilih mana yang paling utama untuk perkenalan damai host.

tiada lagi masalah double booking

Kalau ada caretaker, atau adek beradek yang tolong untuk monitor homestay sebab mereka ni dekat, dan pihak kita pula lagi yang juga terlibat. Dan sekarang, bayangkan kalau 3 pihak ini promote serentak? kalau bukan hari yang berbeza pun akan jadi susah nak manage sebab ianya dibuat secara manual, boleh la semak guna excel sheet, atau whatsapp group. Tapi dengan damaihost, semua ini akan jadi lebih mudah, dan teratur. Anda login sahaja dulu, nanti boleh try and error system damaihost.

lebih mudah dan lebih cepat untuk deal

Bila kita belajar berniaga ni, ada satu proses yang sangat sangat disarankan, iaitu memendekkan proses pembelian atau tempahan, supaya kita cepat sampai ke bahagian transaksi.

Seperti contoh, anda beli barang di Shopee, kalau mula mula kita nak beli, memanglah kena:

register dulu > sahkan email/no telefon > login semula > pilih barang > masukkan alamat > confirmkan location > tekan buy button > buat byaran > kena masukkan pula no debit kad > kena sahkan pula TAC > selesai baru transaksi berjaya.

berapa proses ni? 10 proses juga

Ikut mana pun memang kena lalui proses ini juga, tapi teknology sekarang dah try macam macam untuk cepatkan lagi proses, supaya orang lebih cepat buat pembelian. Antaranya, setiap butiran yang pengunjung masukkan mesti cepat dan ringkas, supaya dia terus sampai ke proses payment. Kalau tidak, melepaslah kita.

Kelebihan ini, kita hanya boleh dapat menggunakan app atau host homestay online seperti damai.host. Kalau kita nak buat satu satu, memang makan masa dan perlukan step yang banyak.

Seperti contoh, katakan kita verify guest nak book pada sekian sekian hari.

guest whatsapp/call kita > kita pun buat semakan itu pun kalau sempat kita reply sekarang juga > selepas itu juga, kena tanya staff lain kot ada yang dah book > kita pun confirm memang available > guest pun dapat message, tapi dia tak reply lagi sebab ada kerja nak buat > dan bila dia nak reply, mungkin lambat, esok contohnya ( nak buat nampak teruk ni ) > dia pun reply kita nak book > tapi bila kita check balik rupanya tarikh tu staff lain kita dah pilih untuk guest dia > tukar hari lain, lagi nak start over proses > sampai satu tahap, guest setuju dan nak book > kita pula bagi no akaun > guest takut nak transfer sebab tiada jaminan kalau ada scam > kita pun tunggu dia transfer 2 3 hari > selepas siap buat payment barulah selesai dan secure penginapan dia dan keuntungan kita.

So banyak tak proses? saya tahu, memang saya sengaja buat teruk, sebab ia boleh terjadi.

Tapi kalau guna secara online dalam damai.host

guest pilih homestay anda > guest pilih berapa banyak orang nak menginap > dan pilih tarikh > terus keluar harga > dan boleh terus book/atau full payment

Kalau guest nak tanya, anda setiap bilik ada aircond ke, boleh masak ke dalam homestay, ada mesin basuh ke apa semua, semuanya dah ditulis dalam page, siap ada juga rules dan regulation yang guest kena patuh. Ataupun mungkin anda nak verify guest dahulu sebelum ambil tempahan dia, boleh cancel dulu automatic terus ke pembayaran full payment. Maksudnya, step di atas, akan tambah 2 step lagi untuk anda sahkan, dan reply agree, baru guest boleh buat full payment.

Semuanya ini tujuannya untuk memudahkan transaksi, supaya guest lebih mudah kerja dia untuk book. Selain itu juga, sebabkan kita set rules untuk bayar full payment dahulu baru bagi kunci, buatkan guest lebih akur.

Dengan adanya damaihost, ia lebih mudah, sebab semuanya guest set dan pilih sendiri. Kita hanya approvekan sahaja. Kita sendiri yang memang berniaga elok elok buat homestay, dengan tujuan mungkin untuk investment capital gain dan dalam masa nak buat homestay ke apa pun akan rasa tercabar sebab terpaksa yakin guest setiap kali dia tanya macam macam nak guna homestay kita. Mula mula mungkin semangat kita nak ceritakan, lama lama siapa pun boleh jadi lemau.

Ini pun baru satu homestay, kalau banyak homestay memang akan jadi bertambah mencabar. Mencabar ya, saya tak kata masalah, dah jadi double booking baru boleh kata masalah, setakat ini mencabar dahulu. Oh ya, damaihost sangat sesuai juga kalau anda ada lebih dari satu homestay, boleh registerkan semua atas akaun anda.

manage homestay lebih daripada satu

Ya, seperti yang saya katakan tadi, dengan damaihost, anda boleh register lebih daripada sebuah homestay.

notification

Sebenarnya, sistem ini masih lagi belum stabil. tapi hasratnya, kita akan buat sistem yang akan automatically trigger whatsapp dan email bila berlaku tempahan, supaya anda alert. Jangan orang dah bayar booking, tapi anda terlupa nak prepare. Tapi damaihost juga boleh buatkan anda tak terima terus booking, maksudnya, mungkin guest pilih 2 hari untuk menginap dan tekan order, bila tetamu tekan sahaja order, anda akan dapat notification order ni. Lepas tu, anda boleh decide sama ada untuk terima terus tempahan guest dengan click button setuju untuk terima tempahan atau reject.

Kalau reject, guest tak boleh terus membuat tempahan, kalau anda setuju, baru guest boleh buat bayaran dalam tempoh 24 jam, sebelum system anda trigger automatically cancel.

disable hari hari yang anda tak nak ada tempahan

Ini ciri ciri yang best, saya yakin ramai yang suka fungsi ini. Mungkin anda sudah dapat target penginapan monthly, ataupun sebelum ni ada guest yang menginap lama sampai 1 minggu, yang anda rasakan tak cukup pula 2 3 jam sahaja untuk cuci rumah. Dengan damaihost, jadi lebih mudah, sebab anda boleh awal awal disablekan hari yang anda tak nak terima apa apa tempahan.

Mudah sahaja, pergi pada Dashboard > under Listing(homestay) > pilih mana satu homestay yang anda nak edit > dan pilih logo bentuk Calendar

Caranya, hanya perlu click sahaja. Seperti diatas, saya dah click 12, 13, 14.

rekod sales dengan mudah

Tak perlu dah lepas ni, anda catit, sortkan dalam excel manually, semuanya boleh download dan tengok dalam dashboard damaihost sahaja.

set extra service jika nak

Extra service boleh jadi macam macam, bergantung kepada apa yang anda boleh sediakan. Antaranya, mungkin extra service untuk per day cleaning service, atau pun anda nak tambah charge kalau sepatutnya 8 orang sahaja guest, tapi mungkin sampai 10 orang datang. So anda boleh extra charge lagi 2 orang.

set different price jika perlu

Seperti macam hotel atau resort juga, kebiasaannya harga weekdays dan weekend yang berbeza. Dengan DamaiHost, anda juga boleh setkan harga yang berbeza. Di masa akan datang, kami juga akan update system damaihost untuk lebih rich dengan feature seting price ni. Antara yang kita boleh buat, tak masukkan dalam feature utama ialah set price discount price untuk penginapan yang lama. Mungkin lebih 7 hari contohnya.

untuk elakkan penipuan

Dengan DamaiHost, kita ada peraturan yang kita wartakan terus, tanpa sebarang kompromi. Antaranya ialah, guest mesti bayar tempahan penuh sebelum tiba hari menginap. Check In 3pm dan check out 12 pm. Guest tidak perlu rasa takut kalau duit mereka burn, sebab segala transaksi ia selamat selagi dilakukan dalam website damai.host.

buatkan bisnes kita berjalan 24 jam

Terutamanya, bila tengah malam. Kalau ada guest yang buat tempahan, mesti kita tak boleh nak reply. Tapi, sebabkan system kita secara online, dan mungkin anda pun dah set mana hari yang anda tak nak ambil guest, ataupun ada hari yang sudah ada guest untuk menginap, membolehkan guest tadi boleh book atau reserve tarikh untuk menginap dengan homestay kita bila bila masa sahaja.

pengunjung damai host yang tinggi > cost lebih jimat

Tahukah anda, damaihost untuk dalam tempoh sekarang sahaja, kita ada 5 000 pengunjung setiap hari. Anda tak perlu dah susah payah nak bump setiap hari supaya listing anda berapa di atas. Cost anda pun jimat, sebab tidak perlu bayar upfront. Dengan damaihost, charge hanya dikenakan untuk pengunjung yang berjaya menginap sahaja.

upsell dengan mudah

Merujuk kepada salah satu kelebihan dalam artikel ini juga di atas tadi, iaitu, set extra service jika nak.

Kalau sebelum ni, mungkin anda hanya ada satu harga sahaja, RM 200 untuk satu malam. Tapi dengan adanya function “set extra service” ini. Kita boleh pelbagai atau tambahkan lagi keuntungan, daripada hanya bergantung untung pada charge penginapan sahaja. Mungkin ada pengunjung yang mahukan, ada yang tak kesah.

Antaranya yang anda boleh tambahkan extra charge ialah:

  1. mungkin tilam+bantal lebih
  2. cleaning fee per day
  3. extra guest
  4. dll

sync calendar tempahan dengan system booking online yang lain

Sememangnya, kami di damaihost mengharapkan anda menggunakan platform kami sahaja supaya mudah untuk kita berurusan jika berlaku sebarang pertindihan. Apa apa pun, ada satu function namanya iCal import. Dengan linkkan iCal ini dengan platform lain, boleh buatkan tempahan disable secara serentak. Seperti contoh, di platform lain, ada guest yang buat tempahan pada 10 hari bulan, disebabkan anda sudah aktifkan function iCal ini, pada 10 hari bulan di DamaiHost untuk homestay anda juga akan automatically not available untuk menerima sebarang tempahan.

Akhir kata

Ini adalah rancangan awal kita buat masa sekarang. Jika ada sebarang masalah, atau penambahbaikkan, anda boleh direct contact kami untuk perbincangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 / 

Select menu by going to Admin > Appearance > Menus

Sign in

Send Message

My favorites