Damai

8 Sebab Kenapa Guest Perlu Menggunakan Damai Host

mengelakkan penipuan homestay

Antara sebab utama orang paling takut dengan menginap di homestay ini ialah, bila dah bagi duit penginapan, dan bila dah sampai ke lokasi yang diberi, HOMESTAYNYA TAK ADA.

Kalau kena macam ni, memang naya. Macam mana pula kita nak cari dan tempah homestay lain. Lagi pula duit burn. Kalau buat report, confirm tak dapat duit tu. Tapi dengan DamaiHost, kami boleh jaminan, yang tempahan anda 100% selamat. Sebab segala transaksi yang dilakukan dalam damaihost adalah menggunakan 3rd party akaun.

Bermaksud, ia bukan akaun direct host sebagai pemilik homestay, dan juga buka akaun kami sebagai pengelola damaihost. Bermaksud, duit itu selamat dan boleh dipulangkan jika berlaku apa apa masalah.

badge system

Ini lagi satu usaha kami yang lebih terjamin, badge system ini kami hanya boleh laksanakan untuk area Penang, Kedah dan Perak sahaja buat masa ini. Untuk negeri negeri lain kami memerlukan masa lagi supaya kita boleh beri focus kawasan lain pula. Kelebihan badge ini, adalah kita akan buat satu team pemerhati yang akan datang ke setiap homestay yang berdaftar dengan damaihost. Mudah kata, sebelum anda tercari cari dimana homestay itu nanti, ada team kita yang dah pergi round untuk anda.

Team kita akan pastikan kedudukan google map yang diset oleh pemilik, sekaligus untuk kita pastikan kewujudan homestay untuk elakkan penipuan homestay yang tidak wujud.

untuk mengelakkan booking anda cancel tiba tiba

booking anda boleh jadi cancel jika berlaku double booking, memang host akan pulangkan duit balik, tapi bila dah nak sampai hari gerak ni, bukan duit yang kita nak, tapi tempat nak menginap nanti tu dimana. Dengan adanya online system ini

anda boleh cari, compare dan tempah homestay dengan mudah dan selamat

Cuba tengok di Facebook. Ramainya yang tanya, saya nak homestay untuk 5 orang di sekian sekian tempat, pada tarikh sekian sekian. Dan penuhlah di ruangan komen yang akan rekemen homestay mereka. Susah ke senang? Kalau ada homestay yang bagus tapi tak letak di ruangan komen itu macam mana? Bagaimana pula dengan sistem review jika ada yang best atau tak best, atau yang boleh diperbaikan pada homestay itu? susah kita nak tahu sebab kita hanya nampak gambar dan no telefon host sahaja.

Itu pun kalau betul no telefon host. Kalau bukan? nak tak nak, bila anda tanya, ia beri peluang kepada penipu untuk tambah untung.

Dengan damaihost, kita dah sediakan semuanya untuk anda, boleh pilih berapa bilik, setiap bilik ada aircond ke tak, semua dah tertera, tak perlu tanya tanya dah. Kalau anda nak cari homestay yang ada swimming pool, kita pun ada fungsi untuk mudahkan carian anda.

diskaun

Mungkin tidak sangat berbeza seperti anda buat tempahan hotel secara walk in ataupun secara menggunakan paltform online seperti booking.com ataupun airBnb. Berbeza dengan system kita dengan platform giant ni mereka ada macam satu AI atau system yang akan auto calculate harga pada set yang paling competitive, untuk tingkatkan lagi revenue host. Seperti contoh, katakan dalam satu lokasi, ada 10 homestay. dan daripada 10 homestay ni, mungkin 8 daripadanya sudah book pada tarikh sekian sekian, sedangkan guest masih lagi nak tarikh yang sama.

Jika ini berlaku, padanlah kalau harga 2 homestay yang masih lagi tak book tadi akan naik sikit harga, bukan disebabkan owner yang duk perhatikan anda, tapi sistem AI mereka sendiri yang akan auto calculate. Untuk kita, system ini memang tiada dan kami tidak amalkan.

Jadi host setkan harga sendiri dan kita akan follow sahaja, cuma jika ada hari hari discount yang host nak buat, ia boleh disetkan secara mudah sahaja didalam dashboard.

boleh rancang perjalanan dengan lebih baik

damaihost, dilengkali juga dengan premium subscription daripada Google Map, bermaksud, kami bayar untuk system ini digunakan dalam website kami. Dan sebelum host register homestay mereka dengan kami, memang kami sarankan pada owner homestay ini untuk register Google My Business mereka sendiri, supaya kita dapat pastikan location yang akan link terus daripada damaihost.

Dengan adanya lokasinya ini, anda pun tak adalah menuju entah ke mana mana nanti, sedangkan badan dah letih drive jauh.

tak perlu nak banyak tanya sangat

seperti, dalam semua bilik ada aircond ke tak, ruang tamu ada aircond ke tak, boleh masak ke tak, lengkap tidak semua keperluan memasak, dapor jenis gas atau elektrik. Semua ini kita terpaksa pastikan untuk buatkan pengalaman homestay kita lebih best. Tapi dengan adanya damaihost, semua itu sudah tertulis dan tertera, dan anda perlu baca sahaja.

kita boleh buat keputusan dengan cepat

ya, macam biasa. Katakan anda nak book homestay secara manual ni, mesti homestay owner akan minta anda tunggu sekejap untuk dia confirmkan tarikh, takut takut bertindih atau hari yang anda pilih itu adalah hari untuk mencuci. Kalau memang available, baru dia reply anda dan boleh terus booking. Tapi disebabkan semuanya anda dah tau secara online, dan setiap date yang anda pilih pun sebenarnya memang host sudah alert akan available.

Buatkan anda boleh buat keputusan dengan cepat daripada tertunggu tunggu. Tambah lagi, bila tengah malam, siapa pula yang nak reply whatsapp anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

 / 

Select menu by going to Admin > Appearance > Menus

Sign in

Send Message

My favorites